Mar 6, 2011

Ulser Mulut



Dah lebih dua minggu aku kena ulser mulut. Sakit tak terkata sebab merata tempat kena. Kat lidah, bibir, pipi. Yang kat pipi (bahagian dalam mulut) memang teruk la, sampai bengkak. Dah la berlubang besar dua tempat pastu bercantum pulak. Tak cukup dengan tu, kena gigi lagi. Memang seksa la.

Aku rasa aku start kena ulser ni sejak sekolah rendah lagi. Selalunya kalau kena, memang teruk la. Pernah dulu kena sampai tak boleh makan atau cakap. Bukan la tak makan langsung, tapi memang kurang la sebab masa nak makan sakit teramat. Nak gosok gigi apatah lagi. Baru perasan..aku kena ulser paling teruk seumur hidup aku masa aku pi Melaka rumah bapa saudara aku. Ni minggu depan nak pi Melaka pun kena jugak. Pasni tak boleh pi dah la..huhu..

Ulser kali ni tak la seteruk dulu sebab aku boleh layan orang bercakap lagi. Tapi kalau tengok aku kurang bercakap tu, faham-faham la yer.

Salah satu sebab jadi ulser ni, sebab tergigit lidah. Ada gak yang tetiba ja jadi. Hari tu tengok macam nak baik dah, tapi si Afief dok bagi tamparan kat pipi la, mulut la, tu yang jadi makin teruk tu.

Dulu mak aku selalu suruh letak garam kalau sakit mulut. Tapi aku tak sanggup dah melalui saat-saat kesakitan bila garam melekat kat ulser tu. Pedih nak mati. Aku lebih rela sakit daripada buh garam. Guna bonjela pun tak jalan jugak. Sama ja tahap kesembuhan dia kalau tak buh apa pun.


 
ambik dari google



Ada macam-macam petua nak hilangkan ulser ni. Selain daripada letak garam, ada jugak yang kata letak marjerin, ubat gigi, madu, asam keping ataupun kumur-kumur ngan listerine. Banyak dah yang aku cuba tapi tak berkesan pun. Tapi apa-apa pun banyakkan minum air.  Lepas ni mesti aku kurus sebab tak banyak makan..hehe

Adakah akibat terlalu banyak bergosip.. :p


4 orang suka bergosip:

Min @ Mama Dhia Farhah said...

Saya juga kerap kena ulser mulut...so caranya kumur ngan air garam..tapi b4 kumur gosok gigi n kumur ngan ubat gg lama sikit..bila agak2 dah rasa kebas terus kumur ngan air garam..insyaAllah tidak mengalir air mata...

ciksufi said...

dulu mak suruh letak garam direct kat ulser tu..haha..dah besar2 ni ada gak kumur ngn air garam tapi agaknya garam sikit sgt kot tu yg tak berkesan>:)

ciksufi said...

dulu mak suruh letak garam direct kat ulser tu..haha..dah besar2 ni ada gak kumur ngn air garam tapi agaknya garam sikit sgt kot tu yg tak berkesan>:)

Qaiza said...

boleh cuba minyak kelapa dara ini...berkesan...lawat blog saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...