Feb 24, 2011

Nona Roguy ( NR )


Baru-baru ni beli ubat NR, PhytoNatal. Untuk yang tak tau, ubat ni untuk menguatkan dan mengurangkan berat badan lepas bersalin.

Masa  lepas bersalin dulu saya guna produk Amway. Tapi tak disiplin. Ubat pun tak makan betul-betul. Almaklumlah baru first time bersalin..bukan reti nak menjaga kesihatan sangat. Skrg gedik-gedik nak try  produk NR ni pulak ( padahal dah bersalin 5 bulan dah pun ).

Kak yang jual tu kata, tak bersalin pun boleh makan. Lelaki or perempuan pun boleh..untuk kesihatan dalaman katanya...Yeke..hmmm...Tapi tak kisah la..Disebabkan perasaan nak cuba produk ni sangat berkobar-kobar maka tanpa ragu-ragu terus masuk jadi ahli. Kalau tak jadi ahli ubat tu harga RM140, bila dah jadi ahli dapat la harga RM100. Kan banyak beza tu.. Tapi tu botol kecik la...Ada 90 biji.



Okey..Kakak tu kata kalau nak kurus, ambil ubat tu sebelum makan dan kalau nak tambah berat badan, ambil selepas makan. Dan semestinya saya nak kurus okey...hohoo...Ada orang kata saya dah kurus, kenapa nak mengada-ngada lagi nak kurus lagi...Nak tau sebab apa boleh la refer di sini yer.

Sekarang ni dah hampir dua minggu saya makan ubat tersebut. Nak tau apa kesan lepas makan ubat ni? Sakit perut yang amat memulas-mulas..haha...padan muka...sakit macam nak bersalin pun ada...Oleh itu tolong makan pada waktu yang sesuai supaya dapat bajet time untuk ke toilet.


Berkesan ke ubat ni?


Saya rasa memang berkesan sebab saya telah berjaya membeli seluar jeans bersaiz 25..tadaaa...sama macam saiz dulu kan.......tak percaya?...kan dalam entry ni saya kata nak cari jeans saiz 26 kan. Tapi tetap tak jumpa dan saya tak sangka sebenarnya saya muat je pakai saiz 25..yeehaaa...

Tapi...ada tapi yer....seluar tu cutting lain, so.. memang la muat, yang kat rumah tu semua tak muat...rasanya nak kena let go kot...ada tak yang nak beli Levi's saiz 24 dan 25..kalau ada boleh la pm saya..ngeheee

Ok..back to the topic. Lepas makan ubat ni, saya rasa selera makan sangat la berkurangan. Makan pun sehari sekali atau 2 kali je. Tapi tak pasti sebab ubat ni atau sebab ulser yang bermaharajalela dalam mulut ni. ouucchhhh...sakit betoiii....

Sebelum terlupa. Ada satu lagi produk NR yang saya beli, minyak berubat herba. Memang berkesan untuk gatal-gatal kulit.



P/s: gambar from google..Skema tak ayat di atas..heheeee


***Sekarang ciksufi guna produk baru. JAMU JAWA. Kesan yang best. Perut tak memulas. Kurang selera makan.. Kalau nak cuba boleh direct ke LINK INI***


1 orang suka bergosip:

Anonymous said...

Hi saya juga amalnr beli dari www.nroguy.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...